Sunday 21 October 2012

Manusia Semakin Malas

Salam SeMalaysia.

Zaman sekarang, semua benda di hujung jari. Dari aktiviti harian hingga ke jual beli, kebanyakanya menggunakan jari. Teknologi yang dihasilkan memang sebagai tujuan untuk memudahkan tugas manusia. Tetapi, ia sebenarnya menyebabkan manusia semakin malas.

Manusia tidak pernah menolak teknologi. Malah berlumba-lumba untuk sentiasa mengekori perkembangan teknologi. Golongon-golongan yang sentiasa selari dengan teknologi pasti berbangga dengan apa yang dimiliki. Bagi yang ketinggalan, pasti ada kesukaran dalam kehidupan.

Kemalasan manusia hasil dari kecanggihan teknologi bukan atas kehendak manusia itu sendiri. Inilah hakikat yang terpaksa diterima. Yang pasti, teknologi pasti akan terus berkembang. 

No comments:

Post a Comment