Thursday 27 December 2012

Botak Chin

Salam SeMalaysia.

Bagi orang-orang tua, perkataan 'chin' telah menjadi penjodoh bilangan bagi botak. Pengunaan perkataan 'Botak Chin' adalah biasa bagi merujuk kepada kepala yang botak iaitu tiada rambut langsung.

Botak Chin
Namun, 'Botak Chin' sebenarnya adalah nama gelaran bagi seorang penjenayah yang paling dikehendaki di Malaysia sekitar tahun 1970-an. 'Botak Chin' atau nama sebenarnya, Wong Swee Chin telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 11 Jun 1981.

p/s : Selamat tahun baru 2013. 

Monday 24 December 2012

Wayne Rooney Bakal Dapat Anak Lagi

Salam SeMalaysia.

Wayne Rooney dan isterinya, Coleen McLoughlin bakal menimang seorang lagi anak lelaki. Perkara itu diumumkan oleh Coleen sendiri melalui laman twitternya. Rooney dan Coleen telah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Kai, berusia 3 tahun.

Twitter Coleen Rooney
Semoga Rooney mendapat seorang anak yang bakal menjadi pemain bola sepak yang handal di masa akan akan datang. Dan seterusnya, dapat bermain untuk Manchester United. Pheeww..

SUMBER : Daily Mail

Pantang Larang Orang Melayu

Salam SeMalaysia.

Setiap manusia pasti mempunyai pantang larang dalam kehidupan masing-masing. Tak kisahlah bangsa/kaum apa pun. Orang Melayu, India, Cina dan lain-lain mesti mempunyai pantang larang yang tersendiri.

Kadang-kadang, pantang larang ini sudah tak releven untuk dipraktikkan pada zaman sekarang. Namun, masih ada sesuatu iktibar dan panduan yang boleh kita ambil di sebalik pantang larang tersebut. Antara pantang larang orang Melayu yang aku tau :-
  1. Jangan potong kuku pada waktu malam, rezeki akan lari.
  2. Kalau nampak pelangi, jangan tunjuk. Nanti jari akan bengkok.
  3. Anak dara tak elok memasak sambil nyanyi, dapat suami tua.
  4. Jangan duduk atas bantal, nanti jadi bisul di bontot.
  5. Jangan biarkan dompet kosong, nanti susah dapat rezeki.
  6. Kalau meniarap, tak elok lipat kaki. Dikhuatiri ahli keluarga akan di timpa musibah.
  7. Kanak-kanak yang baru lepas bersunat, jangan berjalan-jalan di luar rumah. Kalau terlangkah tahi ayam, rosak la benda yang disunat tu.
Sebenarnya, ada kisah yang terselit di setiap pantang larang ini. Kadang-kadang, ia berbentuk teguran atau sindiran. Barulah Melayu kan.

p/s : sesiapa yang tau lagi, boleh la kongsi..

Sunday 23 December 2012

Doa Sebelum Bersetubuh

Salam SeMalaysia.

Kepada yang telah berumahtangga, tak kira baru atau lama, sama-samalah kita amalkan doa ini. Semoga kita mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukan.


Carta Perencanaan Anak Soleh

Klik gambar untuk lebih terang
SUMBER : Laman Fanpage Facebook Ustaz Don Daniyal.

Wednesday 19 December 2012

Dividen ASB 2012

Salam SeMalaysia.

2011 sudah berada di penghujung. Bagi para pelabur ASB, pasti tidak sabar-sabar menantikan pengumuman jumlah dividen bagi tahun kewangan 2012. Bagi tahun 2011, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan dividen sebanyak 7.65 % dan bonus sebanyak 1.15%.


Ramai 'pakar' telah membuat ramalan mengenai dividen ASB untuk tahun 2012. Masing-masing menjangkakan akan ada peningkatan dividen untuk tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini. Bagaimana ramalan anda? Sama-samalah kita tunggu..

UPDATE : PNB telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit. Manakala bonus adalah sebanyak 1.15 sen seunit. Semua pelabur boleh mengemaskini buku akaun masing-masing bermula 2 Disember 2012.

RM10.00

Salam SeMalaysia.

Setiap hari, seorang perokok yang beragama Islam sanggup mengeluarkan RM10.00 untuk membeli sekotak rokok Dunhill dan seangkatan dengannya. Itu bagi yang menghisap rokok sekotak sehari. Bagi yang merokok lebih daripada sekotak, mesti lebih daripada RM10.00.

Bagi seorang perokok beragama Islam, adakah sanggup mengeluarkan RM10.00 seminggu untuk disedekahkan kepada masjid semasa sembahyang Jumaat? Tepuk dada, tanyalah iman. Untuk pengetahuan, rokok sekarang berharga RM10.20.

p/s : peringatan untuk diri sendiri.

Tuesday 18 December 2012

Barang Baik

Salam SeMalaysia.

Bila dah minat, semuanya nampak indah. Jauh, dekat, mahal atau murah bukan penghalang. Di zaman berteknologi ni, membeli boleh dilakukan di alam maya. Hanya sediakan duit sahaja.



Manchester United
Barang baik ini boleh didapati di My Club Tie. Banyak lagi tali leher kelab-kelab bola sepak dunia. Tapi, tidak semua la, hanya yang terpilih sahaja.

Sunday 16 December 2012

1st

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana jodoh masih berpanjangan. Semoga ikatan ini terus kekal ke akhir hayat.


Saturday 15 December 2012

Tahniah Tony Fernandes

Salam SeMalaysia.

Tahniah kepada Queens Park Rangers FC (QPR) kerana telah mendapat kemenangan pertama selepas 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris. QPR telah menang 2-1 ke atas Fulham di gelanggan sendiri. Gol-gol dijaringkan oleh Adel Taarabt.

"I' feel like i've won the title" 

Thursday 13 December 2012

Keow Teow Th'ng Balik Pulau

Salam SeMalaysia.

Tahu tak macam mana nak sebut perkatan TH'NG tu? Cuba eja perkataan TENGGARA, lepas tu buang sebutan GARA. Tinggal lah perkataan TENG yang bunyi nya sama dengan TH'NG.

Masa kat rumah mertua, si isteri ajak makan Keow Teow Th'ng sebelum ke pasar. Dah banyak kali dah dengar makanan ni tapi tak pernah makan. Bila dah makan tu, rasa sedap la pulak.


Meleleh
Jadi, hari-hari berikutnya sebelum ke pasar, makan Keow Teow Th'ng dulu. Terbaik lah!

Wednesday 12 December 2012

Tune Hotels Bintulu

Sesuai kepada sesiapa yang inginkan penginapan yang berpatutan. Harga dari RM58.00++ semalam. Keadaan bilik yang sangat bersih dan selesa. Lokasi yang agak strategik, berada di tengah-tengah bandar dan dikelilingi pelbagai kemudahan yang berdekatan. 


5 star bed with 1 star prices

Luas dan selesa

Bersih
Banyak hotel di Bintulu yang menawarkan harga berpatutan. Namun, pengalaman manis di Tune Hotels Johor Bahru membuatkan hati sukar untuk berkata tidak kepada Tune Hotels.