Saturday 25 January 2014

Gambar Haiwan Yang Belum Dilahirkan

Berikut adalah gambar-gambar haiwan yang belum dilahirkan di dalam perut atau telur. Walaubagaimanapun, gambar-gambar ini bukan 100% nyata kerana gambar ini diambil menggunakan teknologi terkini. Hasil yang menakjubkan ini telah disiarkan dalam rancangan National Geographic beberapa tahun yang lalu.

Dolphin

Gajah

Kuda

Ular
SUMBER : Viral Nova

Friday 24 January 2014

Kelab Bola Sepak Terkaya Di Dunia

Pakar Penasihat Perniagaan, Delloite telah mengeluarkan senarai kelab bola sepak terkaya di dunia berdasarkan pendapatan kelab pada musim 2012/2013. Kelab bola sepak gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona telah mengungguli tempat pertama dan kedua. Manakala naib juara Liga Juara-juara Eropah musim lalu, Bayern Munich menduduki tangga ketiga.

Manchester United menduduki tempat keempat walaupun telah mencatatkan peningkatan dalam pendapatan berbanding musim sebelumnya. Walaupun terkeluar daripada senarai 3 kelab bola sepak terkaya di dunia, Manchester United masih mendahului kelab bola sepak England yang lain.

SUMBER : Mirror Online

Thursday 27 December 2012

Botak Chin

Salam SeMalaysia.

Bagi orang-orang tua, perkataan 'chin' telah menjadi penjodoh bilangan bagi botak. Pengunaan perkataan 'Botak Chin' adalah biasa bagi merujuk kepada kepala yang botak iaitu tiada rambut langsung.

Botak Chin
Namun, 'Botak Chin' sebenarnya adalah nama gelaran bagi seorang penjenayah yang paling dikehendaki di Malaysia sekitar tahun 1970-an. 'Botak Chin' atau nama sebenarnya, Wong Swee Chin telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 11 Jun 1981.

p/s : Selamat tahun baru 2013. 

Monday 24 December 2012

Wayne Rooney Bakal Dapat Anak Lagi

Salam SeMalaysia.

Wayne Rooney dan isterinya, Coleen McLoughlin bakal menimang seorang lagi anak lelaki. Perkara itu diumumkan oleh Coleen sendiri melalui laman twitternya. Rooney dan Coleen telah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Kai, berusia 3 tahun.

Twitter Coleen Rooney
Semoga Rooney mendapat seorang anak yang bakal menjadi pemain bola sepak yang handal di masa akan akan datang. Dan seterusnya, dapat bermain untuk Manchester United. Pheeww..

SUMBER : Daily Mail

Pantang Larang Orang Melayu

Salam SeMalaysia.

Setiap manusia pasti mempunyai pantang larang dalam kehidupan masing-masing. Tak kisahlah bangsa/kaum apa pun. Orang Melayu, India, Cina dan lain-lain mesti mempunyai pantang larang yang tersendiri.

Kadang-kadang, pantang larang ini sudah tak releven untuk dipraktikkan pada zaman sekarang. Namun, masih ada sesuatu iktibar dan panduan yang boleh kita ambil di sebalik pantang larang tersebut. Antara pantang larang orang Melayu yang aku tau :-
  1. Jangan potong kuku pada waktu malam, rezeki akan lari.
  2. Kalau nampak pelangi, jangan tunjuk. Nanti jari akan bengkok.
  3. Anak dara tak elok memasak sambil nyanyi, dapat suami tua.
  4. Jangan duduk atas bantal, nanti jadi bisul di bontot.
  5. Jangan biarkan dompet kosong, nanti susah dapat rezeki.
  6. Kalau meniarap, tak elok lipat kaki. Dikhuatiri ahli keluarga akan di timpa musibah.
  7. Kanak-kanak yang baru lepas bersunat, jangan berjalan-jalan di luar rumah. Kalau terlangkah tahi ayam, rosak la benda yang disunat tu.
Sebenarnya, ada kisah yang terselit di setiap pantang larang ini. Kadang-kadang, ia berbentuk teguran atau sindiran. Barulah Melayu kan.

p/s : sesiapa yang tau lagi, boleh la kongsi..