Wednesday 31 October 2012

Ada Apa Dengan Mukah?

Salam SeMalaysia.

Atas urusan kerja, aku sampai ke Mukah melalui jalan air. Padahal, urusan kerja di Dalat. Nak buat macam mana, Saya Yang Menurut Perintah. Pekan Mukah? Aman, tenang dan tak sibuk dengan kenderaan-kenderaan berat. Berbanding dengan Bintulu, Mukah mempunyai environment yang lebih selamat. Ini perspektif. 

Pekan lama Mukah
Perjalanan dari Mukah ke Dalat mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan kelajuan 60-80 km/jam. Jalan kecik tapi dalam keadaan baik. Sangat jauh bezanya dengan keadaan jalan di Bintulu. Pekan Dalat tiada beza dengan Pekan Mukah. Tiada perkembangan yang pesat, namun persekitaran terpelihara. 

Sunday 28 October 2012

Tempat Duduk Percuma

Salam SeMalaysia.

Now, everyone can fly. Sediakan duit dan terbang lah ke lokasi pilihan anda. Bercutilah bersama orang tersayang. Berjalan ke tempat orang. Jauh perjalanan, luas pandangan.



p/s : seat je yang free.

Saturday 27 October 2012

Beraya Haji Di Miri

Salam SeMalaysia. Selamat Hari Raya Aidil Adha. 

Tahun ni memang bercadang nak beraya haji di Miri, sambil-sambil nak tengok anak buah yang kedua.    Lepas solat sunat hari raya, terus pecut ke Miri. Jarak dari Bintulu ke Miri dalam 200km je. Tapi perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Pecut la sangat kan. Jalan macam hampeh.

Seperti selalu, raya haji tak la semeriah raya puasa. Lebih-lebih lagi sambut di perantauan pulak. Nasib baik la ada jugak family kat Miri. Kalau tak, memang beraya dalam rumah je la kat Bintulu ni. Lagi pon, kawan-kawan ramai kat Miri. Suasana raya tu tetap ada la. Ada lemang, serunding, open house sana sini. Boleh la dari takde langsung.

Sunday 21 October 2012

Manusia Semakin Malas

Salam SeMalaysia.

Zaman sekarang, semua benda di hujung jari. Dari aktiviti harian hingga ke jual beli, kebanyakanya menggunakan jari. Teknologi yang dihasilkan memang sebagai tujuan untuk memudahkan tugas manusia. Tetapi, ia sebenarnya menyebabkan manusia semakin malas.

Manusia tidak pernah menolak teknologi. Malah berlumba-lumba untuk sentiasa mengekori perkembangan teknologi. Golongon-golongan yang sentiasa selari dengan teknologi pasti berbangga dengan apa yang dimiliki. Bagi yang ketinggalan, pasti ada kesukaran dalam kehidupan.

Kemalasan manusia hasil dari kecanggihan teknologi bukan atas kehendak manusia itu sendiri. Inilah hakikat yang terpaksa diterima. Yang pasti, teknologi pasti akan terus berkembang.