Wednesday 5 September 2012

Berita Gembira

Salam SeMalaysia.

Alhamdulillah. Selepas menapak di Bintulu, ada berita gembira yang di terima. Si isteri telah disahkan mengandung oleh Pregnancy Test Kit. Syukur kepada Allah S.W.T. Hadiah paling bermakna untuk mengubat hati yang duka sebab dipindahkan ke Bintulu. Bukan tidak suka dengan Bintulu, tapi belum sedia untuk berhijrah ke tempat baru  ketika telah menapak di Miri.

Syukur Alhamdulillah jugak sebab dapat join kursus di Kuantan selama sebulan. Boleh la berkursus sambil bercuti. Tapi, kena study jugak sebab ada oral exam bila kursus habis nanti. Yang penting, dapat la bawak si isteri balik ke kampung halaman. Dan memang itu yang si isteri inginkan. 

Semoga banyak lagi berita gembira akan menyusul. Amin.

Monday 3 September 2012

3 September

Salam SeMalaysia.

Saya Yang Menurut Perintah. Setelah 2 tahun berkhidmat di Miri, terpaksa berpindah ke Bintulu atas kehendak perkhidmatan. Apa nak buat, kerja makan gaji. Lain la kerja sendiri. Memang down, nasib ada isteri di sisi. Tapi takpe, mesti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Kita yang merancang, Allah S.W.T yang menentukan.

Bermula lah hidup baru di tempat baru bersama-sama orang baru.

Selamat Tinggal

Salam SeMalaysia.

Bermula hari ini, bermulalah episod baru di tempat baru. Tempat lama perlu ditinggalkan demi satu perubahan. Kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukan. Semoga perubahan ini membawa lebih banyak kebaikan dan memberi sesuatu yang lebih bermakna dalam arena ini. Tempat lama ini akan akan dihilangkan sedikit demi sedikit.


Basah Kuyup dalam kenangan..