Friday 9 November 2012

Cara Dapat Duit Lebih

Salam SeMalaysia.

Semua orang nak duit lebih kan. Dan mesti selalu fikir macam mana nak cari duit lebih. Kalau lah hari-hari boleh dapat RM10, mesti masing-masing akan cari idea macam mana nak dapat lebih dari tu, RM12 ke. Kan? Macam mana nak dapat zaman sekarang ni? Ada ke orang nak bagi? Kalau hari-hari boleh dapat free RM2, kira ok la kan.

Tapi kalau korang ada RM10 dan korang berjimat dengan hanya guna RM8, kan dah dapat lebih RM2. Boleh guna untuk beli benda-benda lain kan. Betul tak? Cuba aplikasi dalam kehidupan sebenar. Tengok jadi macam mana.

Wednesday 7 November 2012

Ingin Membeli Share Pasukan Bola Sepak?

Salam SeMalaysia.

Sebuah kelab bola sepak yang beraksi di divisyen ketiga Liga Sepanyaol iaitu Real Oviedo sedang mengalami masalah kewangan yang serius ekoran masalah ekonomi di Sepanyol. Kelab ini berkemungkinan akan berkubur sekiranya tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Bekas pemain kelab ini iaitu Santi Cazorla (Arsenal), Juan Mata (Chelsea) dan Michu (Swansea) telah membeli share dalam kelab ini dalam usaha menyelamatkan Real Oviedo.  Share kelab ini telah dibuka kepada umum untuk dibeli pada harga serendah 10.75. Untuk maklumat lanjut boleh klik di SINI.

Tuesday 6 November 2012

Stadium Bola Sepak Yang Unik

Salam SeMalaysia.

Stadium bola sepak milik kelab bola sepak SC Braga di Portugal mempunyai keunikan tersendiri. Stadium ini diberi nama Estadio Municipal de Braga, berkapasiti sebanyak 30,286. Ia dibina  pada tahun 2003 sebagai salah satu gelanggang untuk kejohanan EURO 2004 di Portugal.

Unik
Stadium ini telah dibina bersebelahan dengan kuari di mana tempat duduk penonton hanya berada di kedua-dua belah padang sahaja. Manakala di belakang gol adalah berdindingkan batu kuari dan di sebelah gol satu lagi merupakan pemandangan bandar Braga. Bumbung tempat duduk penonton dibuat seperti kanopi dan dihubungkan ke tempat duduk penonton di bahagian satu lagi menggunakan banyak keluli.

Memang cool

Sunday 4 November 2012

Entri Jameela

Salam SeMalaysia.

Tengah menjamu mata dengan rancangan televisyen berdefinisi tinggi di Astro Mustika HD, tiba-tiba keluar muka Hanis Zalikha dan Maria Elena. Muka macam tak berapa kenal, tapi nama memang pernah dengar.  Blogger popular la katakan.

Tengok info, rancangan Entri Jameela. Program yang berkisarkan gaya hidup para wanita masa kini. Serius, tak pernah tengok pun sebelum ni. Macam best jugak. Bila check kat Astro, baru episod pertama. Memang la tak pernah tengok.  

Setiap Ahad, 7.30 malam di Astro Oasis dan Astro Mustika HD

Rancangan ni sangat sesuai di tonton oleh para wanita sebab banyak memaparkan kisah tentang kejayaan kaum hawa. Kisah-kisah ni boleh la dijadikan sebagai pemangkin kepada wanita untuk berjaya dalam bidang yang diceburi, seterusnya berjaya dalam hidup.